JVautoreponder Tutorial 4 - Menghantar email kepada pelanggan atau Blast Email.
Situasai : Ok, sekarang kita sudah tahu bagaimana untuk bina nama database atau contact list, seterusnya memasukkan email kedalam database yang telah kita buat di tutorial yang pertama. Jadi sekarang kita mahu menghantar email secara pukal ke semua email yang telah kita bina tadi.
Sila ikuti langkah dibawah ini :
1) Login ke system JVAutoresponder. Kemudian klik pada "Email Campaign" dan klik pada "Create an Email Campaign".
2) Isikan Nama Email Kempen anda. Tukarkan "Email Campaign Format" kepada HTML. Kemudian pilih "No Template". Klik butan Next>>.
3) Isikan tajuk Email anda dan juga isi kandungan email diruangan yang disediakan. Anda boleh gunakna tools WYSISYG yang disediakan untuk email anda. Anda juga boleh memasukkan Nama pelanggan anda berdasarkan database yang telah dibina. Klik pada Butang "Insert a Custom Field..."
4) Screen "Insert a Custom Fields..." akan terpapar di skrin. Klik pada Database 1 dan klik pada "First Name".
5) Anda akan dapati %%First Name%% akan dimasukkan kedalam isi kandungan email anda.
Anda juga boleh meletakkan data unik yang lain seperti Birth Date, City, Country, Fax, Last Name, Mobile, Phone dan lain2.
Email anda akan jadi seperti berikut.
6) Setelah berpuas hati dengan email anda, Scroll ke bawah, Klik butang Check Spam Keyword untuk memastikan email anda tidak ada keyword spam. Kemudian klik pada "Save And Exits"
7) Mesej "Your email campaign has been updated" akan terpapar. Untuk menghantar email serta merta, Klik pada butang "Send".
8) Tandakan pada Database 1 iaitu database yang anda ingin hantarkan. Kemudian klik butang Next>>
9) Dilaman Send an Email Campaign, Isikan maklumat anda di ruang yang disediakan. Tukar ruangan "My "First Name" Custom Field is:" kepada First Name dan ruangan "My "Last Name" Custom Field is:" kepada Last Name. Kemudian Klik butang Next >>
10) Klik pada butang "Schedule My Email Campaign".
11) Tunggu sehingga 4minit 25 saat untuk sistem menghantar kesemua email database anda.
anda juga boleh tekan pause untuk berhenti seketika atau Delete.
12) Tahniah, anda telah berjaya menghantar email ke pelanggan anda!





















